Saja je michhi buat kuiz nie... Curi masa berkerja, hahaha, habislah kalau bos dapat tangkap nie...
Setelah menjawab beberapa soalan yang diberikan, ini hasilnya... Jawapannya Pisces.. Baca boleh, percaya jangan...
You are most compatible with PISCES! I'm sure most of your friends are Pisceans! Together you're going to rock! Pisceans possess a gentle, patient, malleable nature. They have many generous qualities and are friendly, good natured, kind and compassionate, sensitive to the feelings of those around them, and respond with the utmost sympathy and tact to any suffering they encounter. They are deservedly popular with all kinds of people, partly because their easygoing and affectionate. Pisces are rarely content. They are more readily concerned with the problems of others than with their own. They are never egotistical in their personal relationships and give more than they ask from their friends. They are nevertheless intensely loyal and home-loving and will remain faithful.
Ye ke?
Wednesday, February 11, 2009
Which Zodiac Sign Are You Most Compatible With?
Posted by Michhi... at 12:33 PM 1 comments
Labels: Cerita Michhi
Sunday, November 30, 2008
Jelesnya!!..
Nyenyaknya dia tido...
kat tengah2 jalan pulak tu...
Mimpi apalah tu? Mimpi ikan kot, hehehe
Jeles tengok...
Posted by Michhi... at 4:02 PM 7 comments
Labels: Cerita Michhi
Berkelah @ Mandi Manda...
Sempena adik michhi konvo hari tu, sumer ahli keluarga michhi duduk kat umah michhi sebab hanya rumah michhi yang paling dekat nak ke tempat konvo tu. So petang selepas balik dari majlis tu n sempat tido petang (kepenatan), michhi, hb, sumer adik-beradik michhi n anak buah michhi pergi ke Sungai Tekala dengan satu tujuan... MANDI...
Michhi mulanya teruja gak nak mandi sambil membayangkan bestnya mandi kat air terjun, airnya x masin macam kat lauk, so michhi pun siaplah bawak pakaian. Tapi bila sampai kat Sungai Tekala tu, tengok air yang x sampai pun paras betis, terus jer semangat michhi yang berkobar2 tadi hilang macam belon yang kena cucuk dengan jarum peniti, kempis habis... So michhi pun tengok jerlah anak2 buah seronok mandi n ambil gambar apa yang patut...
"Selamat Datang", pintu gerbang menyambut kedatangan
Air yang menderu-deru dan jambatan kayu...
Acara mandi-manda baru nak bermula...
Seronok nampak, enjoy...
Anak2 buah michhi yang macam2 kerenah, Haretz dan Hazeeqah...
Sejam jer kami kat sana sebab masa tu pun dah lewat petang, tapi oklah, lain kali leh datang lagi, kita piknik betul2 pulak nanti, siap bawak bekal makanan bagai, hehehe...
Posted by Michhi... at 3:37 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Piknik
Balik Kampung...
Ari tu michhi balik kampung, lawat atuk yang sakit tua, cian atuk, nampak uzur benar rupa dia, badan pun kurus sangat, isi macam dah xde, tinggal tulang dengan kulit jer. Michhi nie lehlah dikatakan cucu yang rapat dengan atuk sebab zaman sekolah dulu pernah duduk umah atuk n atuk lelaki michhi nielah yang hantar michhi pergi sekolah agama, naik motor, hehehe... Masa tu michhi x pandai lagi naik motor (walaupun membonceng kat belakang jer), so masa atuk bawak motor tu michhi duk keraskan badan kat belakang, pastu atuk boleh keluarkan ayat...
"Macam bawak guna arang..."
Hahahahahahaha...
Guni arang xpe lagi tuk, jangan guni beras sudah, cam berat sangat jer bunyinya...
P/S: Michhi sayang atuk...
Atuk yang michhi sayang...
Atuk lelaki n atuk perempuan michhi....
Posted by Michhi... at 3:17 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Keluarga
Dear Diary... Truly Sorry...
Dear Diary....
Maaf ya, michhi sibuk sangat sekarang, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa 2 bulan nie. Kerja yang amat banyak tapi masa yang diberikan amat suntuk. Michhi x dapat nak update selalu, maaf sangat...
Mesti diary michhi nie akan jadi macam rumah tinggal yang x berpenghuni...
Michhi bukan lupa or xde perkara yang ingin dikongsi bersama, cuma kesibukan membatasi, huhuhu...
Posted by Michhi... at 2:30 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Kerja
Thursday, November 20, 2008
Jejak Kasih...
Tetiba jer pop-up msg yahoo keluar, dapat msg dari kawan lama kat friendster. Kawan masa sekolah menengah dulu, punyalah dah berbelas tahun, nama pun ingat2 lupa, hiks.
Kawan michhi nie invited michhi masuk group sekolah lama so michhi pun on jelah. Rupa-rupanya, jeng3x... Ramai sungguh kawan2 satu sekolah n satu kelas dulu yang dah join, seronok sungguh michhi, happy, gumbira...
Macam episod jejak kasih pulak, mencari yang terpisah, cuma dalam episod nie xdelah air mata menangis bagai, cuma rasa gembira yang tak terkata... Teringat semula kenangan zaman sekolah2 dulu, waktu masih belajar mencari erti hidup, mengenal diri sendiri. Tengok gambar lama2 pun rasa nak tergelak, masa tu rasa dah cukup lawa dah tapi bila tengok semula sekarang, macam lawaklah pulak...
Ummmhhh, indahnya kenangan...
Posted by Michhi... at 4:00 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Kawan
Monday, November 17, 2008
The Holiday...

Cerita nie dah banyak kali michhi tengok dan x pernah rasa jemu. Kadang tu kalau kita rasa cite tu best pun, tapi bila tengok sekali jer rasa cukup, xmo dah tengok lagi bermaksud cite tu xlah best sangat... Tak kesahlah macam mana pun citer tu dapat anugerah, orang komen best giler, tapi mungkin cite tu bukan taste kite...
Cite ni bukan tersenarai sebagai cite favorite michhi, biasa2 jer, tapi dah masuk 4-5 kali tengok n michhi x pernah sekali pun rasa boring, sampai nak pi tandas pun fikir 2-3 kali, maknanya cite nie memang best....
Part paling michhi suka ialah part Jude Law menangis bila Cameron Diaz nak balik semula kat Los Angeles, mula2 tu pretend macho jer, tapi bila Cameron Diaz patah balik n bukak pintu rumah, Jude Law tengah menangis sungguh2 sebab sedih, so cute!! Kalaulah ada lelaki yang sanggup menangis macam tu sekali sebab michhi, oh, sungguh bahagia...
Posted by Michhi... at 5:16 PM 4 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
Friday, November 14, 2008
P.S. I Love You

Michhi baca review tentang cerita nie kat blog sorang kawan, ummm, macam best jer, berminat pulak nak tengok. Susah jugak nak cari dvd cite nie sebab dah lama kan, tahun lepas punya cite. Ntah macam mana ari tu masa jalan2 balik kerja michhi terjumpa dvd nie, so michhi pun beli....
Cerita P.S. I Love You nie diadaptasi dari novel P.S. I Love You karya Cecelia Ahern. Mengisahkan cinta sejati antara sepasang suami isteri Gerry dan Holly Kennedy, bila Gerry meninggal dunia disebabkan penyakit barah, isterinya Holly sangat sedih dan sukar nak meneruskan hidup. Tanpa disangka Holly menerima beberapa pucuk surat dari Gerry yang ditulis sebelum kematian Gerry, surat2 Gerry menolong Holly untuk meneruskan hidup.
Secara ringkasnya, cerita ini tentang cara kita menyintai pasangan dalam hidup. Gerry menyayangi Holly dengan cara menulis beberapa pucuk surat yang kemudiannya dihantar kepada Holly dengan perancangan yang 'sempurna' untuk membantu Holly menghadapi kehidupan selepas kematiannya. Gerry amat memahami perangai Holly yang kadang kala sukar dijangka. Bila tengok cerita nie, michhi rasa bertuahnya jadi Holly, sebab? Rahsia.....
Setiap orang pasti akan jatuh cinta, melalui pahit manis sebuah percintaan, kecewa dan airmata. Bagaimana kita menghargai cinta yang datang dalam hidup kita dan bagaimana kita membahagiakan pasangan kita, semuanya terpulang pada diri kita sendiri, betul x?
Posted by Michhi... at 5:04 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
Thursday, November 13, 2008
Rojak & Air Mango
Semalam masa waktu lunch, michhi menapak agak jauh dengan membawa satu harapan, nak rasa rojak. Nie kali kedua michhi makan rojak nie, 1st time tu tapau bawa balik rumah, so dah x fresh, kuah dia pun dah bertukar rasa, so nak rasa yang fresh, yang betul2 baru disediakan oleh uncle yang menjual.... Kali ini michhi pilih rojak telur + sotong...
Uncle rojak sedang siapkan tempahan
Ini dia rojaknya
Air mango special, sedap
Sebenarnya ada sebab kenapa michhi beriya-iya nak rasa rojak yang uncle nie jual, selain kawan office michhi cakap rojak uncle nie sedap, masa michhi order rojak nie for 1st time, michhi ada dengar sorang kakak nie bercerita yang bapak dia dulu suka sangat makan rojak uncle nie, xnak rojak lain, lepas tu bapak dia koma, baik dari koma pun masih nak juga makan rojak uncle nie... Wah, ini mesti betul2 sedap, kalau x, xkanlah kakak tu sampai cakap camtu...
Bagi michhi rasanya ok, sedaplah jugak, actually michhi x pandai nak bagi pendapat rojak macam mana yang sedap sebab michhi bukan peminat rojak. So nak buat macam mana, ok dengan x ok jerlah jawapannya... Balik dari makan rojak tulah yang azab, bila menapak nak pergi x terasa sangat penatnya sebab ada tujuan, keazaman nak makan rojak, tapi bila balik, adoi... Perut dah kenyang, terus jer rasa azab nak jalan balik ke office, rasa macam serik nak menapak lagi pun ada, sakit kaki dibuatnya...
Posted by Michhi... at 4:08 PM 2 comments
Labels: Cerita Michhi, Makan
Tuesday, November 4, 2008
Majlis Perkahwinan Berlangsung Juga Akhirnya...

Entry nie michhi tujukan khas untuk abang ipar michhi, Dr Hxxxxx yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Dr Axxx pada 31 Oktober yang lalu..
Jumaat 31/10/2008
Pagi tu adik ipar michhi sibuk sediakan beehoon goreng untuk sarapan pagi tu, michhi pulak masa tu siapkan gubahan hantaran dan kemudian gosok baju michhi dan hb... Mentua michhi dua-dua pi pasar beli bahan mentah untuk kenduri doa selamat yang akan diadakan pukul 11.30 pagi. Masa tu adalah beberapa buah keluarga saudara mara yang baik hati muncul nak tolong kami sediakan makanan untuk majlis tu... Menu jamuan ialah ayam goreng, ikan bilis masak tauchu, ikan goreng, rebung + perut masak lemak cili padi dan sambal tempoyak pucuk ubi (betul ke nama tu...) Michhi xlah tolong masak sangat, lebih kepada tolong sediakan bahan2nya jer. Lepas je selesai tetamu menjamu selera, yang lelakinya pergilah bersiap untuk solat jumaat, sementara kami kaum perempuan nie bersiaplah ikut cara masing2, ada yang pi mandi dulu, ada yang gosok baju, ada yang make-up bagai, termasuklah michhi, hiks...
Bila orang lelaki dah habis solat jumaat dan yang pompuan dah siap bersolek(tema hijau), kami pun beramai2 berjalan kaki menuju ke bas yang disediakan untuk ke rumah pihak pompuan. Masa tu x ramai yang sertai kami, adalah dalam 30 orang so dalam bas agak lenganglah, leh tukar2 tempat duduk lagi. Dalam pukul 3.30 pm kami sampai di rumah pihak pompuan di Ampang. Dengan 2 kali lafaz, selamatlah abang ipar michhi bergelar suami orang. Selepas abang ipar michhi menunaikan solat, bermulalah upacara membatalkan air sembahyang, kemudian upacara tepung tawar (mulanya michhi xnak tepung tawar abang ipar, malulah katakan tapi bila nama michhi disebut oleh pengacara majlis, nak x nak terpaksalah pi gak merenjis, dapatlah bunga pahar 1). Selesai itu, kami pun menjamu selera, macam2 lauk ada, maklumlah, duduk kat meja pengantin, so lauk pun speciallah... Habis jer menjamu makan, kami pun bertukar2 dulang hantaran dengan pihak pompuan dan bertolak balik ke seremban. Fuh, penat jangan cakaplah, michhi tertido dalam bas, sampai di seremban dalam pukul 8.00 pm dalam keadaan yang sungguh penat dan melepek, tido pun awal malam tu...
Sabtu 01/11/2008
Menu pagi ini ialah nasi goreng, sebab nasi putih yang disediakan untuk majlis kenduri semalam banyak berlebih, michhi terbangun lewat pagi nie, itulah gara2 terlupa nak on alarm kat hp dek sebab terlalu penat. Lepas jer gosong baju michhi dan hb, kami pun bersiap untuk pergi ke KL, majlis persandingan diadakan kat dewan di KL. Masa nie ramai sungguh yang ikut rombongan kami, sampaikan penuh 1 bas, ada yang terpaksa duduk kat tangga lagi, kemudian berhenti di Masjid negara untuk solat zohor, selesai solat, perjalanan pun diteruskan. Sampai jer kat dewan, masing2 cari tempat duduk, lupa nak cakap masa nie temanya adalah purple, pihak perempuan hijau, cuma pihak lelaki yang pakai purple. Michhi dan hb masuk lewat sebab kami antara orang terakhir yang turun dari bas. Tang ini sedapnya jadi adik pengantin, walaupun lewat, kami tetap dapat duduk di meja utama.
Tak lama lepas tu pengantin pun berarak masuk ke dewan diiringi adik beradik pengantin perempuan. Masa tu pengantin bersanding sekejap sangat, sampaikan michhi rasa rugi jer tempah pelamin mahal2 kalau setakat nak duduk 10 minit. Masa tu hanya 4 orang jer yang merenjis pengantin, kedua ibu dan bapa pengantin. Kemudian acara yang ditunggu2 ialah makan pun tiba, banyak juga michhi makan masa nie, sedap sungguh lauk, meja utamalah katakan. Sumer jenis makanan ada, ada ayam, daging, sotong, hati, udang, buah2an dan sayur2an sumernya ada. Kemudian acara bergambar dengan pengantin, dan selesai bergambar kami pun bertolak balik ke Seremban, seperti biasa, michhi tidur sepanjang perjalanan disebabkan terlalu letih... Malam tu masak lauk yang untuk makan malam, tauchu + kentang masak air dan ikan masak kicap.
02/11/2008
Awal pagi lagi kami dah sibuk (kami tu merujuk kepada michhi, family mentua n saudara mara terdekat yang baik hati nak menolong). Setelah siap gosok baju, kami pun kemas apa yang patut, barang2 diangkut sedikit demi sedikit ke dewan di mana majlis akan berlangsung, tema warna kali ini ialah sky blue. Michhi antara orang terakhir yang pergi ke dewan sebab nak tunggu pengantin bersiap dan nak kunci rumah. Lebih kurang pukul 12.30 kami tiba di dewan, pengantin pun di arak masuk ke dewan, ramai sungguh tetamu yang hadir pada hari itu, michhi diberi tugas letak cenderahati atas meja tetamu dari pihak keluarga pengantin perempuan. Kemudian masa upaca tepung tawar, michhi kena naik atas pentas dekat pelamin tu untuk bagi bunga telur pada sesiapa yang dah tepung tawar pengantin, malu juga pada mulanya tapi control ayu jer (ayu ker, hahaha...).
Kemudian bermulanya upacara berdiri macam pak guard sambut tetamu yang datang. Ingatkan just sambut tetamu jer xlah penat, tapi penat jugak rupanya, dahlah michhi pakai hills, naik lenguh kaki nie berdiri, huhuhu... Tapi xlah sepanjang masa michhi berdiri, ada jugaklah curi2 duduk, kalau x mau patah kaki nie asyik berdiri (eh, ada ker orang yang patah kaki sebab terlalu lama berdiri? Pandai jer michhi nie kan...). Ramai sungguh tetamu yang datang termasuklah family michhi, alhamdulillah, semuanya selamat. Lepas majlis berkahir, michhi ditugaskan kira duit salam keruk, hiks... Bab kira duit nie memang seronok, kemudian michhi n hb terus ke bank-in duit tu, takut terjadi apa2 lagi...
Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Di sini juga michhi nak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat, Amin..."
Posted by Michhi... at 4:39 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Persiapan Perkahwinan
Penat, Letih, Boring...
Lama x update blog kan? Sunyi jer rasa blog michhi macam rumah tinggal, dah berabuk pun nampaknya. Banyak yang berlaku kat michhi dalam minggu lepas tapi ntah ya, michhi macam xde mood nak bercerita, mungkin idea tengah xde, so dari merepek meraban tulis ntah apa2, michhi pun ambil jalan mendiamkan diri.....
Sunyi kan?
Nantilah, michhi cuba update sikit2 pengalaman michhi minggu lepas, ikut mood michhi macam mana....
Huh...
Posted by Michhi... at 4:36 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi
Wednesday, October 29, 2008
Sakit....
Now michhi demam, batuk dan selsema. Seksa rasanya....
Sob, sob.....
Posted by Michhi... at 4:59 PM 2 comments
Labels: Cerita Michhi, Sakit...
Wednesday, October 22, 2008
Sepi.. Sungguh Sepi
Michhi tengok cite nie minggu lepas, tapi baru ada masa nak tulis tentang ni hari nie...
Memula tengok jer perasan dah bercampur-baur, ini kes belum apa2 dah terlebih emosilah nie. Michhi pilih port yang paling baik, duduk kat tengah2 sofa yang mengadap terus (90%) ke arah TV, hiks... So setelah menonton filem nie dengan penuh perasaan, pada pendapat michhi....
Kisah 1: Adam...
Kisah macam mana kita mencari cinta dalam hidup nie dan bagaimana cinta tu hadir dalam hidup kita. Kadang2 cinta tu datang tanpa kita sedari, kadang2 cinta tu ada depan mata tapi kita sendiri x sedar dan kadang2 kita salah tafsir minat or perasaan suka yang mendalam pada seseorang itu sebagai cinta. Adam tau dia sukakan Liyana pada pertama kali dia ternampak Liyana, mungkin cinta pandang pertama... Kemesraan yang tidak dibuat2 tapi sayangnya si gadis dah berpunya, Adam kecewa lalu menerima Suzy yang telah lama sukakannya dan berperangai gila2. Tapi bila Liyana muncul kembali dan mengetahui majlis perkahwinan Liyana dibatalkan, akhirnya mereka bersama. Paling cute dalam babak nie ialah bila Liyana sandarkan kepala kat Adam, so cute...comel
Kisah 2: Sufi...
Seringkali kita menghargai sesuatu itu setelah ia bergi dalam hidup kita... Sufi seorang lelaki yang berkerjaya dan sering sibuk maka dia 'agak' kurang meluangkan masa dengan anak dan isterinya. Setelah kehilangan isteri dalam satu kemalangan, Sufi bertukar kerjaya sebagai ahli sukan dengan niat ingin mengalahkan Watson Nyambek, hehehhe... Xdelah, dia just lari untuk melupakan kesedihannya. Masa tengah2 lari tu, kasut terkoyak pulak so berentilah kejap kat kerusi yang ada kat taman n berkenalan dengan Marya, seorang isteri yang masih belum dikurniakan anak setelah berkahwin selama 7 tahun. Dari pertemuan itu wujudnya rasa cinta kerana bagi Sufi, Marya telah berjaya membuat dia berhenti berlari tapi masalahnya di sini ialah status Marya sebagai seorang isteri. Yang x logik dalam bab ini ialah Sufi suka2 hati jer nak ajak Marya kawin n kata anak dia tu sebagai anak 'kita' padahal bukan ker Marya tu masih bersuami. Akhirnya Marya mengandung dan memilih untuk terus bersama suaminya demi anak dalam kandungan. Sufi berjanji akan terus menunggu Marya dan akhirnya setelah Marya tua (x tau berapa umur dia) dan kematian suami, dia mencari Sufi semula di taman tempat pertama kali mereka berjumpa. Sayangnya hanya anak Sufi yang datang dan memberitahu yang Sufi telah meninggal dunia. Pastu anak Sufi ada bagi satu kotak kat Marya, bab nie yang best, michhi teka getah rambut, hb michhi teka gelanglah, cincinlah.. Sekali bukak michhi yang teka betul, suka...
Kisah 3: Imaan
Imaan hidup derita sejak kematian kekasih hatinya, Khalil. Hakikatnya Imaan masih tidak dapat menerima hakikat yang Khalil telahpun meninggal dunia. Bila ada yang ingin mendekatinya, Imaan menjauhkan diri kerana bagi Imaan Khalil cemburu jika dia melayan orang lain. Patutlah ada babak2 pelik cam masa kat dalam lrt, bila sorang guy tu tengok jer Imaan bercakap dengan Khalil, rupanya dia bercakap seorang, manalah orang tu x pelik. Mungkin dalam hati orang tu cakap, sayang budak nie, muka ok tapi ko, hehehe. Tapi selepas kemalangan tu, Imaan akhirnya dapat menerima hakikat yang Khalil dah meninggal dunia dan membuka pintu hatinya untuk orang lain. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, walaupun pengganti tu tak sama dengan yang pergi, tapi hidup perlu diteruskan dan tak salah kita beri peluang pada diri kita untuk kenal orang lain sebab tak kenal maka tak cinta.
Kesimpulannya, michhi suka bangat dengan cerita nie.... Best, best, best
Posted by Michhi... at 5:03 PM 4 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
Tuesday, October 21, 2008
Ayam Masak Sambal...

Semalam balik dari kerja, setelah mengharungi jem di KL yang sedia maklum tahap dewatanya, michhi singgah pasar malam, beli ayam (Sekarang ayam pun dah rm6.++, sumer barang dah naik harga, huh...).
Waktu beli tu x planning lagi nak masak apa, bila dah sampai umah n memandangkan masa tu dah nak pukul 8.00 malam n fikir x sempat kalau nak masak yang heavy, michhi masak ayam sambal jer. Masa agak2 bahan tumis tu rasa cam sikit, oklah nak buat sambal sikit jer tapi bila dah campur sumer bahan tengoklah hasilnya, ter-over pulak sambal, ayam yang michhi dah goreng tu adalah beberapa ketul (seketul telah dikidnap oleh hb...), so jadilah cam dalam gambar di atas. Tilik punya tilik nampak cam sambal kerang pun ada gak, ayamnya dah hilang di bawah timbunan sambal itu... Oh tidak, fail masak macam nie.
Posted by Michhi... at 12:08 PM 2 comments
Labels: Cerita Michhi, Lauk Pauk
Monday, October 20, 2008
Masih Mencari...
Nampaknya pencarian michhi masih belum terhenti, michhi kena teruskan pencarian.... Mencari blog template yang menarik di hati, hehehe... Ntah, selagi x jumpa template yang berkenan di hati, cam xde semangat jer nak update blog. Michhi memang camni sikir, dulu masa skola pun suka balut buku cantik2, baru semangat nak baca (yer ke? leh caya ke statement tu? hahaha...) Kadang2 buku adik2 michhi pun michhi yang balutkan, sekarang ni tugas michhi balut buku kerja hb pulak, michhi guna jer sampul warna pink, gambar kartun, hehehe, fedulik...
So bukan sesuatu yang pelik kalau tengok template michhi kerap berubah, ikut selera anak tekak pemilik blog. Michhi plan nak buat sendiri template so adalah kelainan, buruk pun puas hati cuma itulah, pc kat opis nie buat michhi nak nangis tahap dewa. Dahlah guna monitor lama, yang sepatutnya boleh dihumban kat sg. segget, skrinnya dah blur, naik poning kepalo den mengadap ni ha... Mau gue saman ini company kalau tetiba jer power cermin gua naik mendadak, mata nie nak pakai lama. Pastu RAM cuma 512MB jer, nak install software yang canggih2 sikit pun xleh, semput cam kura2... Oh tidak, sampai bilakah ini semua terpaksa michhi harungi......
Michhi pasrah....
Posted by Michhi... at 4:45 PM 1 comments
Labels: Cerita Michhi
Wednesday, October 15, 2008
Pelangi Petang...
Isnin (13/10/20008) hari tu, masa michhi sedang menunggu lrt nak balik dari kerja, michhi nampak ini...
Michhi suka pelangi, suka sangat, terus michhi ambil gambar. Ada gak orang kat situ yang tengok je michhi masa michhi ambik gambar pelangi tu. Mesti dia pelik, apa ke halnya budak nie ambik gambar pelangi, tapi michhi buat dunno jer, hehehe....
Tetiba jer michhi teringat satu lagu yang michhi suka, tajuknya Pelangi Petang, nyanyian Allahyarham Sudirman...
PELANGI PETANG
Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku...
Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
P/S: Betullah, bila lihat pelangi tu jer boleh buat michhi tersenyum.....
Posted by Michhi... at 3:44 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Lagu
Friday, October 10, 2008
Suka cerita ini.... Sky Of Love @ Koizora

Michhi suka sangat cerita nie dan inilah cerita pertama yang michhi tengok 2x tanpa henti... Maksudnya lepas jer habis tengok 1st time tu, terus ulang tayang lagi... Hebat penangan cerita nie, michhi menangis... Sebenarnya ceritanya simple tapi entah kenapa leh jadi suka sangat, mungkin memang time emosi kot waktu tu, hehehehe... Adik michhi kata cite nie biasa jer, cam tak logik pun ada gak sebab terlalu cepat hero n heroin terlalu cepat jatuh cinta pastu hubungan diorang xlah menunjukkan cam loving couple sangat tapi michhi tetap suka....
Kalau michhi jadi heroin tu, lum tentu michhi boleh jadi setabah dia, kehilangan orang yang kita sayangi bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita hadapi...
Mampu ke michhi meneruskan kehidupan ini tanpa orang tersayang di sisi, entahlah...
Tapi yang pasti dalam hidup ini semuanya berkemungkinan, yang hidup pasti akan mati, itu kehendakNya, siapalah kita nak melawan takdir...
P/S: masih rasa sedih bila teringatkan cerita nie, huhuhuhu...
Posted by Michhi... at 4:16 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
Akhirnya berjaya...
Alhamdulillah, berjaya gak michhi nak buat blog dalam blogspot nie... Actually michhi xlah minat sangat nak tulis blog nie tapi apa salahnya kita cuba ye x? Mana tau ia akan jadi satu hobi yang menyeronokkan.... Pada mulanya michhi plan nak teruskan aje berblog di friendster tapi bila dah beberapa kali michhi asyik x dapat nak masukkan gambar, michhi jadi fed-up pulak, terus berpatah arah....
Pastu, ramai gak kawan2 yang kata blogspot nie lagi user-friendly, sebab tulah michhi cuba. Perkara pertama yang terlintas kat otak michhi bila create blog nie ialah nak cari skin template yang cantik sangat, baru sedap mata memandang... So bermulalah pencarian michhi, sumer web yang ada free blog template michhi masuk.. Punyalah banyak kali tukar, sampai pening kepala, ada yang nampak lawa tapi bila dah download tu cam hampeh plak, ada yang memang dah cukup cantik tapi ada error pulak bila nak download. So berbekalkan semangat mencari template yang berkenan di hati tanpa rasa jemu, inilah hasilnya... Lawa x?
Ummm, dah cukup lawa dah bagi michhi nie, sweet sangat, i like................
Posted by Michhi... at 3:56 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi
