
Cerita nie dah banyak kali michhi tengok dan x pernah rasa jemu. Kadang tu kalau kita rasa cite tu best pun, tapi bila tengok sekali jer rasa cukup, xmo dah tengok lagi bermaksud cite tu xlah best sangat... Tak kesahlah macam mana pun citer tu dapat anugerah, orang komen best giler, tapi mungkin cite tu bukan taste kite...
Cite ni bukan tersenarai sebagai cite favorite michhi, biasa2 jer, tapi dah masuk 4-5 kali tengok n michhi x pernah sekali pun rasa boring, sampai nak pi tandas pun fikir 2-3 kali, maknanya cite nie memang best....
Part paling michhi suka ialah part Jude Law menangis bila Cameron Diaz nak balik semula kat Los Angeles, mula2 tu pretend macho jer, tapi bila Cameron Diaz patah balik n bukak pintu rumah, Jude Law tengah menangis sungguh2 sebab sedih, so cute!! Kalaulah ada lelaki yang sanggup menangis macam tu sekali sebab michhi, oh, sungguh bahagia...
Monday, November 17, 2008
The Holiday...
Posted by Michhi... at 5:16 PM 4 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
Friday, November 14, 2008
P.S. I Love You

Michhi baca review tentang cerita nie kat blog sorang kawan, ummm, macam best jer, berminat pulak nak tengok. Susah jugak nak cari dvd cite nie sebab dah lama kan, tahun lepas punya cite. Ntah macam mana ari tu masa jalan2 balik kerja michhi terjumpa dvd nie, so michhi pun beli....
Cerita P.S. I Love You nie diadaptasi dari novel P.S. I Love You karya Cecelia Ahern. Mengisahkan cinta sejati antara sepasang suami isteri Gerry dan Holly Kennedy, bila Gerry meninggal dunia disebabkan penyakit barah, isterinya Holly sangat sedih dan sukar nak meneruskan hidup. Tanpa disangka Holly menerima beberapa pucuk surat dari Gerry yang ditulis sebelum kematian Gerry, surat2 Gerry menolong Holly untuk meneruskan hidup.
Secara ringkasnya, cerita ini tentang cara kita menyintai pasangan dalam hidup. Gerry menyayangi Holly dengan cara menulis beberapa pucuk surat yang kemudiannya dihantar kepada Holly dengan perancangan yang 'sempurna' untuk membantu Holly menghadapi kehidupan selepas kematiannya. Gerry amat memahami perangai Holly yang kadang kala sukar dijangka. Bila tengok cerita nie, michhi rasa bertuahnya jadi Holly, sebab? Rahsia.....
Setiap orang pasti akan jatuh cinta, melalui pahit manis sebuah percintaan, kecewa dan airmata. Bagaimana kita menghargai cinta yang datang dalam hidup kita dan bagaimana kita membahagiakan pasangan kita, semuanya terpulang pada diri kita sendiri, betul x?
Posted by Michhi... at 5:04 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
Wednesday, October 22, 2008
Sepi.. Sungguh Sepi
Michhi tengok cite nie minggu lepas, tapi baru ada masa nak tulis tentang ni hari nie...
Memula tengok jer perasan dah bercampur-baur, ini kes belum apa2 dah terlebih emosilah nie. Michhi pilih port yang paling baik, duduk kat tengah2 sofa yang mengadap terus (90%) ke arah TV, hiks... So setelah menonton filem nie dengan penuh perasaan, pada pendapat michhi....
Kisah 1: Adam...
Kisah macam mana kita mencari cinta dalam hidup nie dan bagaimana cinta tu hadir dalam hidup kita. Kadang2 cinta tu datang tanpa kita sedari, kadang2 cinta tu ada depan mata tapi kita sendiri x sedar dan kadang2 kita salah tafsir minat or perasaan suka yang mendalam pada seseorang itu sebagai cinta. Adam tau dia sukakan Liyana pada pertama kali dia ternampak Liyana, mungkin cinta pandang pertama... Kemesraan yang tidak dibuat2 tapi sayangnya si gadis dah berpunya, Adam kecewa lalu menerima Suzy yang telah lama sukakannya dan berperangai gila2. Tapi bila Liyana muncul kembali dan mengetahui majlis perkahwinan Liyana dibatalkan, akhirnya mereka bersama. Paling cute dalam babak nie ialah bila Liyana sandarkan kepala kat Adam, so cute...comel
Kisah 2: Sufi...
Seringkali kita menghargai sesuatu itu setelah ia bergi dalam hidup kita... Sufi seorang lelaki yang berkerjaya dan sering sibuk maka dia 'agak' kurang meluangkan masa dengan anak dan isterinya. Setelah kehilangan isteri dalam satu kemalangan, Sufi bertukar kerjaya sebagai ahli sukan dengan niat ingin mengalahkan Watson Nyambek, hehehhe... Xdelah, dia just lari untuk melupakan kesedihannya. Masa tengah2 lari tu, kasut terkoyak pulak so berentilah kejap kat kerusi yang ada kat taman n berkenalan dengan Marya, seorang isteri yang masih belum dikurniakan anak setelah berkahwin selama 7 tahun. Dari pertemuan itu wujudnya rasa cinta kerana bagi Sufi, Marya telah berjaya membuat dia berhenti berlari tapi masalahnya di sini ialah status Marya sebagai seorang isteri. Yang x logik dalam bab ini ialah Sufi suka2 hati jer nak ajak Marya kawin n kata anak dia tu sebagai anak 'kita' padahal bukan ker Marya tu masih bersuami. Akhirnya Marya mengandung dan memilih untuk terus bersama suaminya demi anak dalam kandungan. Sufi berjanji akan terus menunggu Marya dan akhirnya setelah Marya tua (x tau berapa umur dia) dan kematian suami, dia mencari Sufi semula di taman tempat pertama kali mereka berjumpa. Sayangnya hanya anak Sufi yang datang dan memberitahu yang Sufi telah meninggal dunia. Pastu anak Sufi ada bagi satu kotak kat Marya, bab nie yang best, michhi teka getah rambut, hb michhi teka gelanglah, cincinlah.. Sekali bukak michhi yang teka betul, suka...
Kisah 3: Imaan
Imaan hidup derita sejak kematian kekasih hatinya, Khalil. Hakikatnya Imaan masih tidak dapat menerima hakikat yang Khalil telahpun meninggal dunia. Bila ada yang ingin mendekatinya, Imaan menjauhkan diri kerana bagi Imaan Khalil cemburu jika dia melayan orang lain. Patutlah ada babak2 pelik cam masa kat dalam lrt, bila sorang guy tu tengok jer Imaan bercakap dengan Khalil, rupanya dia bercakap seorang, manalah orang tu x pelik. Mungkin dalam hati orang tu cakap, sayang budak nie, muka ok tapi ko, hehehe. Tapi selepas kemalangan tu, Imaan akhirnya dapat menerima hakikat yang Khalil dah meninggal dunia dan membuka pintu hatinya untuk orang lain. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, walaupun pengganti tu tak sama dengan yang pergi, tapi hidup perlu diteruskan dan tak salah kita beri peluang pada diri kita untuk kenal orang lain sebab tak kenal maka tak cinta.
Kesimpulannya, michhi suka bangat dengan cerita nie.... Best, best, best
Posted by Michhi... at 5:03 PM 4 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
Friday, October 10, 2008
Suka cerita ini.... Sky Of Love @ Koizora

Michhi suka sangat cerita nie dan inilah cerita pertama yang michhi tengok 2x tanpa henti... Maksudnya lepas jer habis tengok 1st time tu, terus ulang tayang lagi... Hebat penangan cerita nie, michhi menangis... Sebenarnya ceritanya simple tapi entah kenapa leh jadi suka sangat, mungkin memang time emosi kot waktu tu, hehehehe... Adik michhi kata cite nie biasa jer, cam tak logik pun ada gak sebab terlalu cepat hero n heroin terlalu cepat jatuh cinta pastu hubungan diorang xlah menunjukkan cam loving couple sangat tapi michhi tetap suka....
Kalau michhi jadi heroin tu, lum tentu michhi boleh jadi setabah dia, kehilangan orang yang kita sayangi bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita hadapi...
Mampu ke michhi meneruskan kehidupan ini tanpa orang tersayang di sisi, entahlah...
Tapi yang pasti dalam hidup ini semuanya berkemungkinan, yang hidup pasti akan mati, itu kehendakNya, siapalah kita nak melawan takdir...
P/S: masih rasa sedih bila teringatkan cerita nie, huhuhuhu...
Posted by Michhi... at 4:16 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Movie
