Sempena adik michhi konvo hari tu, sumer ahli keluarga michhi duduk kat umah michhi sebab hanya rumah michhi yang paling dekat nak ke tempat konvo tu. So petang selepas balik dari majlis tu n sempat tido petang (kepenatan), michhi, hb, sumer adik-beradik michhi n anak buah michhi pergi ke Sungai Tekala dengan satu tujuan... MANDI...
Michhi mulanya teruja gak nak mandi sambil membayangkan bestnya mandi kat air terjun, airnya x masin macam kat lauk, so michhi pun siaplah bawak pakaian. Tapi bila sampai kat Sungai Tekala tu, tengok air yang x sampai pun paras betis, terus jer semangat michhi yang berkobar2 tadi hilang macam belon yang kena cucuk dengan jarum peniti, kempis habis... So michhi pun tengok jerlah anak2 buah seronok mandi n ambil gambar apa yang patut...
"Selamat Datang", pintu gerbang menyambut kedatangan
Air yang menderu-deru dan jambatan kayu...
Acara mandi-manda baru nak bermula...
Seronok nampak, enjoy...
Anak2 buah michhi yang macam2 kerenah, Haretz dan Hazeeqah...
Sejam jer kami kat sana sebab masa tu pun dah lewat petang, tapi oklah, lain kali leh datang lagi, kita piknik betul2 pulak nanti, siap bawak bekal makanan bagai, hehehe...
Showing posts with label Piknik. Show all posts
Showing posts with label Piknik. Show all posts
Sunday, November 30, 2008
Berkelah @ Mandi Manda...
Posted by Michhi... at 3:37 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Piknik
Subscribe to:
Posts (Atom)
