
Entry nie michhi tujukan khas untuk abang ipar michhi, Dr Hxxxxx yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Dr Axxx pada 31 Oktober yang lalu..
Jumaat 31/10/2008
Pagi tu adik ipar michhi sibuk sediakan beehoon goreng untuk sarapan pagi tu, michhi pulak masa tu siapkan gubahan hantaran dan kemudian gosok baju michhi dan hb... Mentua michhi dua-dua pi pasar beli bahan mentah untuk kenduri doa selamat yang akan diadakan pukul 11.30 pagi. Masa tu adalah beberapa buah keluarga saudara mara yang baik hati muncul nak tolong kami sediakan makanan untuk majlis tu... Menu jamuan ialah ayam goreng, ikan bilis masak tauchu, ikan goreng, rebung + perut masak lemak cili padi dan sambal tempoyak pucuk ubi (betul ke nama tu...) Michhi xlah tolong masak sangat, lebih kepada tolong sediakan bahan2nya jer. Lepas je selesai tetamu menjamu selera, yang lelakinya pergilah bersiap untuk solat jumaat, sementara kami kaum perempuan nie bersiaplah ikut cara masing2, ada yang pi mandi dulu, ada yang gosok baju, ada yang make-up bagai, termasuklah michhi, hiks...
Bila orang lelaki dah habis solat jumaat dan yang pompuan dah siap bersolek(tema hijau), kami pun beramai2 berjalan kaki menuju ke bas yang disediakan untuk ke rumah pihak pompuan. Masa tu x ramai yang sertai kami, adalah dalam 30 orang so dalam bas agak lenganglah, leh tukar2 tempat duduk lagi. Dalam pukul 3.30 pm kami sampai di rumah pihak pompuan di Ampang. Dengan 2 kali lafaz, selamatlah abang ipar michhi bergelar suami orang. Selepas abang ipar michhi menunaikan solat, bermulalah upacara membatalkan air sembahyang, kemudian upacara tepung tawar (mulanya michhi xnak tepung tawar abang ipar, malulah katakan tapi bila nama michhi disebut oleh pengacara majlis, nak x nak terpaksalah pi gak merenjis, dapatlah bunga pahar 1). Selesai itu, kami pun menjamu selera, macam2 lauk ada, maklumlah, duduk kat meja pengantin, so lauk pun speciallah... Habis jer menjamu makan, kami pun bertukar2 dulang hantaran dengan pihak pompuan dan bertolak balik ke seremban. Fuh, penat jangan cakaplah, michhi tertido dalam bas, sampai di seremban dalam pukul 8.00 pm dalam keadaan yang sungguh penat dan melepek, tido pun awal malam tu...
Sabtu 01/11/2008
Menu pagi ini ialah nasi goreng, sebab nasi putih yang disediakan untuk majlis kenduri semalam banyak berlebih, michhi terbangun lewat pagi nie, itulah gara2 terlupa nak on alarm kat hp dek sebab terlalu penat. Lepas jer gosong baju michhi dan hb, kami pun bersiap untuk pergi ke KL, majlis persandingan diadakan kat dewan di KL. Masa nie ramai sungguh yang ikut rombongan kami, sampaikan penuh 1 bas, ada yang terpaksa duduk kat tangga lagi, kemudian berhenti di Masjid negara untuk solat zohor, selesai solat, perjalanan pun diteruskan. Sampai jer kat dewan, masing2 cari tempat duduk, lupa nak cakap masa nie temanya adalah purple, pihak perempuan hijau, cuma pihak lelaki yang pakai purple. Michhi dan hb masuk lewat sebab kami antara orang terakhir yang turun dari bas. Tang ini sedapnya jadi adik pengantin, walaupun lewat, kami tetap dapat duduk di meja utama.
Tak lama lepas tu pengantin pun berarak masuk ke dewan diiringi adik beradik pengantin perempuan. Masa tu pengantin bersanding sekejap sangat, sampaikan michhi rasa rugi jer tempah pelamin mahal2 kalau setakat nak duduk 10 minit. Masa tu hanya 4 orang jer yang merenjis pengantin, kedua ibu dan bapa pengantin. Kemudian acara yang ditunggu2 ialah makan pun tiba, banyak juga michhi makan masa nie, sedap sungguh lauk, meja utamalah katakan. Sumer jenis makanan ada, ada ayam, daging, sotong, hati, udang, buah2an dan sayur2an sumernya ada. Kemudian acara bergambar dengan pengantin, dan selesai bergambar kami pun bertolak balik ke Seremban, seperti biasa, michhi tidur sepanjang perjalanan disebabkan terlalu letih... Malam tu masak lauk yang untuk makan malam, tauchu + kentang masak air dan ikan masak kicap.
02/11/2008
Awal pagi lagi kami dah sibuk (kami tu merujuk kepada michhi, family mentua n saudara mara terdekat yang baik hati nak menolong). Setelah siap gosok baju, kami pun kemas apa yang patut, barang2 diangkut sedikit demi sedikit ke dewan di mana majlis akan berlangsung, tema warna kali ini ialah sky blue. Michhi antara orang terakhir yang pergi ke dewan sebab nak tunggu pengantin bersiap dan nak kunci rumah. Lebih kurang pukul 12.30 kami tiba di dewan, pengantin pun di arak masuk ke dewan, ramai sungguh tetamu yang hadir pada hari itu, michhi diberi tugas letak cenderahati atas meja tetamu dari pihak keluarga pengantin perempuan. Kemudian masa upaca tepung tawar, michhi kena naik atas pentas dekat pelamin tu untuk bagi bunga telur pada sesiapa yang dah tepung tawar pengantin, malu juga pada mulanya tapi control ayu jer (ayu ker, hahaha...).
Kemudian bermulanya upacara berdiri macam pak guard sambut tetamu yang datang. Ingatkan just sambut tetamu jer xlah penat, tapi penat jugak rupanya, dahlah michhi pakai hills, naik lenguh kaki nie berdiri, huhuhu... Tapi xlah sepanjang masa michhi berdiri, ada jugaklah curi2 duduk, kalau x mau patah kaki nie asyik berdiri (eh, ada ker orang yang patah kaki sebab terlalu lama berdiri? Pandai jer michhi nie kan...). Ramai sungguh tetamu yang datang termasuklah family michhi, alhamdulillah, semuanya selamat. Lepas majlis berkahir, michhi ditugaskan kira duit salam keruk, hiks... Bab kira duit nie memang seronok, kemudian michhi n hb terus ke bank-in duit tu, takut terjadi apa2 lagi...
Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Di sini juga michhi nak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat, Amin..."
Tuesday, November 4, 2008
Majlis Perkahwinan Berlangsung Juga Akhirnya...
Posted by Michhi... at 4:39 PM 0 comments
Labels: Cerita Michhi, Persiapan Perkahwinan
Tuesday, October 21, 2008
Masih Sibuk.... Buat Bunga Dulang
Huh... penatnya. Semalam michhi berjaya siapkan ini....
Nie gambar close-up.... (bunga apa nie ya? xde rupa bunga pun...)
Bunga dulang yang 12 kuntum nie jer ambil masa 2 jam untuk disiapkan, leceh... Paling x suka bab nak cantum kelopak-kelopak tu jadi bentuk sekuntum bunga, habis herot-berot xnak ikut, nak buat kasar takut koyak pulak kelopak bunga. Tapi michhi buat sambil tengok TV, tu sebab ambil masa lama kot, xdelah concentrate buat benda nie. Lepas nie rasa cam serik nak wat benda2 nie lagi, baiklah beli yang dah siap kat kedai tapi x uniklah pulak. Tapi penting ker unik sangat nie, ada ker orang yang nak tengok.... ntah.
Posted by Michhi... at 11:53 AM 1 comments
Labels: Persiapan Perkahwinan
Monday, October 20, 2008
Sibuk.....
Sekarang nie michhi sedang sibuk di rumah, siapkan ini...
Sibuk, penat... Tulah, siapa suruh buat kerja last minute, padan dengan muka...
Posted by Michhi... at 4:58 PM 0 comments
Labels: Persiapan Perkahwinan
