Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Tuesday, October 21, 2008

Ayam Masak Sambal...



Semalam balik dari kerja, setelah mengharungi jem di KL yang sedia maklum tahap dewatanya, michhi singgah pasar malam, beli ayam (Sekarang ayam pun dah rm6.++, sumer barang dah naik harga, huh...).

Waktu beli tu x planning lagi nak masak apa, bila dah sampai umah n memandangkan masa tu dah nak pukul 8.00 malam n fikir x sempat kalau nak masak yang heavy, michhi masak ayam sambal jer. Masa agak2 bahan tumis tu rasa cam sikit, oklah nak buat sambal sikit jer tapi bila dah campur sumer bahan tengoklah hasilnya, ter-over pulak sambal, ayam yang michhi dah goreng tu adalah beberapa ketul (seketul telah dikidnap oleh hb...), so jadilah cam dalam gambar di atas. Tilik punya tilik nampak cam sambal kerang pun ada gak, ayamnya dah hilang di bawah timbunan sambal itu... Oh tidak, fail masak macam nie.

Thursday, October 16, 2008

Mari Belajar Masak Asam Pedas Ayam...

Ummm, agaknya tajuk entry nie menarik x? Michhi masak lauk nie hari Selasa lepas tapi baru hari ni berkesempatan nak update dalam blog. Michhi selalu gak masak lauk nie, lagipun ia lauk kegemaran hb michhi. Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan, michhi ambil dari jarak dekat sebab malas nak salin ke dalam mangkuk, hehehe, buruk kan perangai...



ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan:
Ayam mentah yang telah dibersihkan
Cili kering - dikisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lada hitam
Belacan
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak masak
** Daun kesum

Cara-caranya:
1. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lada hitam dan belacan dikisar halus
- ni cara michhilah, senang jer kisar semua bahan. Kalau nak lagi sedap dan tradisional, bolehlah tumbuk bahan2 nie menggunakan lesung batu
2. Panaskan minyak masak, minyak nie kena banyak sebab kita nak garingkan bahan yang ditumis, baru sedap
3. Setelah minyak panas, masukkan bahan yang dikisar tadi, masak hingga bahan agak garing
4. Masukkan cili kisar, tumis sehingga cili sebati dengan bahan dan agak garing
5. Masuk pula ayam yang telah siap dibersihkan tadi, tunggu beberapa minit, boleh kecilkan api sebab takut bahan tumis hangus
6. Masukkan air putih, air asam jawa dan tunggu sehingga ayam masak
7. Kemudian masukkan daun kesum, nie xlah wajib, kalau suka leh masuk, kalau x suka x perlu masuk. Selain daun kesum, kita boleh masukkan bunga kantan, bendi dan tomato
8. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan setelah lauk masak, bolehlah dihidang

Sekian, selamat mencuba....